Impian...

Ramai org yg mengimpikan kesenangan atau lebih tepat.. kebebasan kewangan dan masa... Ada antara kite yg mungkin mempunyai kebebasan kewangan.. tetapi dari segi masa pula yang menjadi masalah.. dan ada pula yang mempunyai kebebasan masa.. tetapi dr segi kewangan pula yang menjadi masalah... Dan yang paling malang lagi pada manusia yang tiada wang dan tiada pula masa....mereka ini mmg malang.. kerja siang malam.. tp masih juga di takuk lama... Ramai yang berfikir hidup ini akan menjadi lebih hebat sekiranya mereka memiliki kebebasan kewangan dan juga masa... Tetapi , apa yang mendatangkan masalah buat mereka , mereka tidak pernah mengambil apa- apa tindakan kerana pada setiap masa , ada sahaja perkara yang lebih penting untuk mereka lakukan . Apabila suatu matlamat itu hanyalah satu keinginan yang lemah ataupun ia hanya impian belaka,Mengapa hanya sedikit sahaja orang yang mahu terus berubah dan bertindak bagi mencapai keinginan mereka ? Lebih buruk lagi mengapa sebahagian besar daripada mereka melengah- lengahkan tindakan mereka? Sebabnya adalah ramai orang mahu berjaya tetapi tidak ramai antara mereka yang benar- benar komited pada matlamat mereka. Mereka hanya ada impian.. Tetapi impian tidak akan tercapai tanpa sebarang tindakan... Mereka lebih selesa dengan Kehidupan mereka yg ade sekarang... dimana, setiap bln mereka akan mengeluh duit tidak cukup,pinjam meminjam drpd kawan2.....dan yang paling sedih sekali... pada mereka yang sudah diberi peluang bagi mengubah segala kehidupan mereka, meningkatkan martabat hidup mereka....tapi Mereka hanya biarkan peluang itu berlalu begitu sahaja.... mmg sgt2 menyedihkan....Wahai kawanku sekalian, jika benar anda mempunyai impian dan matlamat idup.. pastikan anda berjaya mencapai impian anda..... Kerana idup akan lebih bermakna bila matlamat dan impian kite tercapai... akhir sekali... renung-renungkan la kata-kata hikmat dari seorang ulama islama:
Kata Hikmat Prof. Dr. Hamka:
"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba....... datang tidak menentu masa...... datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”



0 comments:

Leave a Comment